Jumaat, 19 Februari 2016

Jurulatih Perak terima sindiran, cemuhan dan kritikan peminat

Sindiran, cemuhan dan kritikan. Itulah komen yang menghiasi laman sosial Facebook mengenai Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ketika ini.

Semua ini berlaku berikutan kekalahan Pasukan The Bos Gaurus dalam perlawanan Liga Super 2016, Selasa lalu.   Kekalahan 0-1 kepada Selangor itu nyata menghimpit perasaan peminat yang mula meluahkan perasaan mereka terhadap pelbagai perkara terutama kemampuan jurulatih Syamsol Saad.

Mereka mula mempertikai pelantikan bekas jurulatih skuad Piala Presiden Perak itu yang disifatkan belum cukup ilmu di dada untuk mengendalikan pasukan dalam liga elit.

Kini terdapat suara-suara meminta Syamsol yang dikatakan tiada taktikal dan banyak idea digantikan dengan seorang jurulatih import berwibawa.

Langkah Perak terus menyandarkan cabaran pada pemain muda menimbulkan kemarahan mereka kerana Perak gagal mempamer persembahan diharapkan untuk menjadi pencabar disegani.


Begitupun kekecewaan besar peminat ialah terhadap cara PAFA memilih pemain import yang selepas dua perlawanan belum menunjukkan kualiti.  Kecuali memuji sumbangan Thiago Junio Aquino peminat kecewa dengan aksi Elias Fernandes de Oliviera, Vokhid Shodiev dan Eric Weeks.

Sumber : 90 minit

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget