Tadeu menyarung jersi Pulau Pinang dengan reputasi hebat selaku bekas penyerang Sao Paulo pada hujung Disember lalu.
Namun, segalanya seperti indah khabar dari rupa apabila pemain berusia 30 tahun itu dikatakan hambar dalam beberapa aksi pra musim skuad Pulau Mutiara.
Kini difahamkan, dia tidak lagi bersama pasukan, malah kelibatnya tidak kelihatan ketika majlis pelancaran jersi Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada Rabu.
Sekalipun enggan mengiyakan perkara berkenaan, jurulatih Jacksen F. Tiago akui sedia dengan sekadar tiga pemain import untuk aksi awal liga.
"Tahun lepas juga kita main Piala Malaysia dengan satu atau dua import. Kekuatan pasukan saya tidak pernah bergantung pada pemain import namun pemain tempatan sentiasa menjadi tumpuan sejak ketibaan saya di sini," kata Jacksen.
Ini bermakna, jentera serangan Pulau Pinang hanya bakal digalas pemain tempatan gandingan adik beradik Failee dan Faizat Ghazli, Jafri Firdaus Chew dan S. Kumaahran.
Kesemua 16 pasukan yang diwakili Jose Mouro sejak 2005 majoritinya berpangkalan di negara kelahirannya, Brazil. Dia beraksi bersama Sao Paolo pada 2006 dan hanya beraksi dalam 2 perlawanan sepanjang musim.
Kelab terakhir sebelum dia ke Pulau Pinang ialah sebuah kelab kecil, Boa Esporte Club di Brazil dengan kapasiti Stadium hanya mampu menampung 3 ribu penonton.
Gandingan pemain muda dan pengalaman skuad Pulau Mutiara dilihat antara pencabar terkuat bagi kempen Liga Super 2016 namun sejauh manakah pengendali ini melakakukan sesuatu yang berbeza untuk skuad Haria Penang Haria.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan