Sabtu, 27 Februari 2016

Hajat Kelantan kutip tiga mata tidak kesampaian

Hajat Kelantan mengutip tiga mata penuh di laman sendiri tidak kesampaian apabila terikat 2-2 menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan Kelantan melonjak ke tangga kedua Liga Super buat sementara dengan lima mata, manakala Sarawak kendalian Datuk K Rajagobal mengutip mata pertama musim ini selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, Sarawak terlebih dulu berada di depan pada minit kelapan menerusi penyerang import Makeche Ndumba, namun Blazhe Ilijoski yang dipertikaikan prestasinya berjaya menyamakan kedudukan dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Situasi babak kedua bagaimanapun berbeza apabila Kelantan pula terlebih dahulu, juga menerusi gol Ilijoski pada minit ke-63, tetapi Ndumba sekali lagi tampil menyelamatkan dengan jaringan pada minit ke-72.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget