Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syarizan Mohd Zain, berkata pemain yang berasal dari Brazil itu menggantikan penyerang dari Croatia, Tomislav Busic yang digugurkan untuk Liga Super 2016.
Menurutnya, ia tertakluk kepada pendaftarannya seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tengah malam ini.
Katanya, pihaknya memilih Cruz untuk menggantikan Busic bagi memantapkan pasukan kerana pemain dari Brazil berusia 23 tahun itu mempunyai gaya permainan seperti Neymar.
"Kita berterima kasih dengan khidmat Busic yang mula bersama pasukan sejak April tahun lalu selepas menggantikan Farhod Tajiev kerana kecederaan," katanya.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan