Jawatankuasa Status Pemain FAM membuat keputusan itu selepas menilai afidavit daripada semua pihak, 29 Januari lalu.
Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi berkata, pihaknya akan berbincang dengan KAFA bagi menyelesaikan kemelut itu.
“Apa juga alasan yang diperdebatkan, Jawatankuasa Status FAM sudah pun membuat keputusan. Kami (FAS) mempunyai pilihan sama ada untuk merayu keputusan itu sesuai dengan Artikel 25 Peraturan Status Pemain FAM (peraturan) atau menerima keputusan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, Abdullah yang juga pengurus Sarawak berkata, FAS masih berpeluang untuk mendapatkan khidmat Syahrul Azwari dalam tempoh tujuh hari selepas menerima surat keputusan.
“Namun ia bergantung kepada perbincangan antara FAS dan KAFA sama ada untuk terus mendapatkan khidmat Syahrul atau akur dengan keputusan FAM.
“Bagaimanapun, tindakan merayu berkemungkinan mengambil masa lama dan menyebabkan Syahrul Azwari tidak dapat didaftarkan untuk bermain dalam liga musim ini,” katanya.
Menurut Abdullah, jika perkara itu berterusan, ia sudah tentu merugikan Syahrul Azwari dan bola sepak negara kerana kehilangan bakat muda.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan