Pengalaman beraksi bersama 13 kelab serata dunia sebelum ini menjadi faktor utama yang diambil kira Pengurus Pulau Pinang Jacksen F. Tiago menggunakan Cordoba sebagai jentera serangan utama.
Biarpun Pulau Pinang masih mengintai seorang lagi penyerang import, gandingan Cordoba bersama pemain tempatan dilihat berupaya menghasilkan jaringan.
Cordoba, 31, menganggap harapan untuk beliau menghasilkan gol untuk pasukan baharunya bukan suatu tekanan.
“Pulau Pinang adalah pasukan yang bagus. Setakat ini saya semakin serasi dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih.
“Pemain-pemain tempatan menyedari kehadiran saya di padang dan kami memahami satu sama lain. Saya percaya sedikit masa lagi pasukan ini akan lebih mantap,” jelasnya.
Menurut Cordoba, dia akan cuba mempamerkan permainan yang baik dan berkongsi pengalaman di Amerika Latin dengan skuad Harimau Kumbang ini.
“Corak latihan yang diterapkan jurulatih mempunyai persamaan dengan apa yang telah saya lalui sebelum ini.
“Saya berharap semuanya berjalan lancar dan dapat memberi saingan lebih baik pada saingan liga nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Cordoba yang pertama kali datang ke Malaysia mengakui gembira dengan kehidupannya bersama keluarga di Pulu Pinang.
“Saya sudah mula membiasakan diri dengan kehidupan di sini, terutama keadaan cuaca yang agak panas. Isteri dan anak-anak saya juga gembira.
“Mengenai makanan, saya tidak ada masalah kerana isteri sentiasa memasak, malah sesekali kami mencuba makanan seperti nasi kandar di sini,” jelasnya yang mempunyai dua anak perempuan.
Selain beraksi dengan kelab Allianza FC, Cordoba pernah bersama dengan kelab Brown de Anrogue, Perth Glory, La Serena, Atlante, Quilmes, Real Salt City, Deprtes Naval, Monagas SC,, Tigre, San Martin Tucuman dan Argentinos Juniors.
Sumber : mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan