Sabtu, 9 Januari 2016

TRW tidak akan ada masalah kewangan : jamin Datuk Vida

PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberi jaminan masalah kewangan yang dihadapi persatuan hingga menjejaskan prestasi pasukan tidak akan berulang lagi.

Jelasnya, bukan sahaja bayaran gaji akan dijelaskan mengikut kontrak tetapi bonus dan juga saguhati lain turut diberikan seandainya pasukan menunjukkan prestasi cemerlang dan mencapai kemenangan.

“Insha-ALLAH tiada lagi rungutan dan masalah tunggakan gaji dikalangan pemain hingga mereka beraksi dibawah kemampuan sebenar, begitu juga kebajikan-kebajikan lain yang akan kita berikan penekanan.

“Jadi pemain Kelantan tidak perlu risau masalah gaji lagi,” jelasnya yang lebih dikenali dengan nama Dr Vida.

Sementara itu, Pengendali Kelantan, K Devan menyambut baik hasrat Dr Vida yang bersedia menaja pasukan dalam usaha memastikan The Red Warrios (TRW) terus kembali digeruni lawan.

“Pastinya saya gembira dengan berita ini, dengan adanya tajaan baru ia baik untuk pasukan Kelantan dan saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada aspek kejurulatihan serta perkara-perkara yang berlaku dalam padang,” katanya ditemui selepas Majlis Undian Piala FA 2016 di Shah Alam, semalam.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget