Menurut bekas pemain Harimau Muda itu, dia ada berjumpa dengan pemilik kelab Johor DT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim beberapa hari lalu dan mereka menawarkan kontrak kepadanya.
Katanya lagi, berikutan dia baru saja menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Red Giants selama dua musim, Johor DT harus membayar pampasan kontrak yang dianggarkan bernilai RM960,000 sekiranya berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.
Namun, Azrif menjelaskan, TMJ bersedia menebus kontrak berkenaan dengan syarat Selangor juga bersetuju melepaskannya secara baik.
“Saya ada ke Johor tiga empat hari lalu dan berjumpa dengan TMJ di sana. TMJ ada bertanyakan saya secara ikhlas dan saya berterus terang di depannya memang mahu bermain dengan Johor DT.
“Tapi saya ada masalah kerana saya baru saja sambung kontrak dan akan tamat pada hujung 2017. Bagaimanapun, TMJ kata beliau boleh menebus kontrak saya dan sekarang ini masalahnya pengurusan Selangor.
“Saya dah jumpa dua tiga orang (pengurusan Selangor) tapi mereka seperti enggan melayan permintaan saya.
“Kalau boleh saya harap sangat mereka dapat lepaskan saya kerana ini peluang terbaik untuk saya menambah pengalaman di samping tawaran gaji lumayan,” katanya ketika ditemui pada aksi pramusim bertemu Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan