Sabtu, 16 Januari 2016

Terengganu masih terkial-kial : Kelab Penyokong

“Sudah tiba masanya PBSNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) menekan butang panik berhubung penyerang import,” kata Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (PETEH).

Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, bukan niat PETEH untuk campur tangan, namun dengan masa tidak sampai sebulan sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M), pengurusan Terengganu perlu mencari memenuhi kuota pemain import keempat.

“PBSNT perlu mengambil iktibar pengalaman lalu apabil membuat keputusan lambat dan seterusnya merugikan pasukan dalam misi memburu piala.

“Ketika pasukan lain kini dalam persiapan akhir untuk membentuk keserasian pemain bagi membentuk gandingan mantap, Terengganu masih terkial-kial menguji penyerang import.

“Jika perkara ini berlarutan sehingga saingan semakin hampir, sudah pasti akan merencatkan perancangan pasukan untuk memburu trofi musim ini,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sejak lebih sebulan lalu Terengganu sudah menguji ramai penyerang import untuk menggantikan Paulo Rangel, namun sehingga kini belum menemui pemain berkualiti dan memenuhi bajet persatuan.

Difahamkan, minggu depan Terengganu bakal menguji tiga lagi pemain membabitkan Katlego Ambel Mphela dari Afrika, Edward Ofera (Nigeria) dan Makan Dembela (Mali) dalam aksi persahabatan dengan UiTM, Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut, Wan Mohd Azmi berkata, walaupun lewat pihaknya berharap Terengganu memilih pemain mempunyai kualiti sebenar sebagai penyerang tulen yang mampu meledak jaringan.

“PETEH mahukan pemain yang dipilih bukan sebagai pelengkap kuota import, tapi perlu ada kualiti dan harus melalui prosedur ujian pemilihan,” katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget