Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar, sekali gus menafikan kesahihan maklumat mengenai kesediaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang senarai antara 10 individu terkaya di Malaysia, menaja Kedah musim ini.
"Saya tak dapat apa-apa maklumat dan setahu saya, tiada sebarang rundingan diadakan antara KFA dengan pihak berkenaan mengenai tajaan dimaksudkan...jika benar ada, kita alu-alukan kerana kita memang perlukannya berikutan bajet Kedah tidak besar," katanya.
Beberapa akaun di laman Facebook semalam termasuk dengan nama Kedah FA 2015 memuat naik maklumat mengenai kesediaan Syed Mokhtar yang didakwa akan menaja Kedah RM35 juta, tanpa sebarang syarat dikenakan.
Selain pembaikan stadium yang lebih cantik dan selesa, maklumat itu menyatakan Syed Mokhtar bakal membawa masuk dua pemain dari Liga Perdana Inggeris dan seorang dari Athletico Madrid.
Syed Mokhtar yang direkod mempunyai jumlah aset terkini AS$2.9 billion (RM10.5 bilion) mengumpul kekayaan melalui pelbagai sumber antaranya dalam bidang pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa.
Mengulas maklumat itu, Aminuddin berkata ia di luar pengetahuan pihaknya dan akaun Facebook dimaksudkan juga bukanlah akaun rasmi KFA. Ditanya kesediaan KFA jika benar Syed Mokhtar benar-benar berhasrat menaja Kedah, beliau berkata tidak kiralah siapa sekali pun, KFA sedia bekerjasama.
"Kita ada banyak perancangan terutama untuk naik taraf fasiliti sukan termasuk venue utama kita iaitu Stadium Darul Aman...apabila bercakap soal penajaan ini, pasti ada syarat-syaratnya dan kita sedia terima jika ia bertepatan namun perlulah mendapat persetujuan sepenuhnya pengurusan KFA," katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan