Rabu, 13 Januari 2016

Selangor pula diintai Terlajak Laris

 
Selepas Kelantan, skuad Red Giants pula mungkin menjadi pasukan terkini mendapat tajaan daripada pengeluar barangan kosmetik terkenal.

Hari ini Pengarah Urusan D'Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengadakan pertemuan santai dengan wakil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pengurusan FAS diwakili Pengurus Selangor Amirudin Shari.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan empat mata dan butiran mengenai perbincangan itu masih diteliti.

"Pertemuan hari ini hanya perbincangan awal, belum ada sebarang perincian mendalam diputuskan.

"Belum ada perbincangan mengenai nilai atau syarat-syarat penajaan," jelasnya.

Terdahulu, D'Herbs yang popular dengan tagline "terlajak laris" dilaporkan menerima tawaran beberapa pasukan bola sepak tempatan sebagai penaja.

Bagaimanapun, Aliff Syukri masih merahsiakan butiran pasukan yang menawarkan diri untuk ditaja D'Herbs.

Sumber : malaysiakini

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget