Rabu, 13 Januari 2016

Saya ke JDT kerana TMJ : Rozaimi

"Saya ke Johor Darul Ta'zim kerana Tunku Mahkota Johor." jelas Rozaimi.

Bekas penyerang pasukan Sabah ini pernah terbabit dalam nahas kemalangan di Batu 3.5, Jalan Tuaran pada 6 Julai yang lalu.

"Saya datang ke JDT kerana TMJ mahu saya menjalani proses pemulihan di sini (Johor Bahru). TMJ mahu menjaga saya sehingga kembali kepada prestasi asal." katanya lagi.

"Saya tidak kisah untuk bermain dengan pasukan mana pun, tetapi saya perlu menjalani proses pemulihan yang terbaik."

"Saya berterima kasih kepada TMJ kerana sanggup menjaganya selama 3 tahun. Saya akan melakukan yang terbaik untuk JDT."

Rozaimi telah mengikat kontrak selama 3 tahun bersama JDT. Beliau akan menjalani ujian di bawah kendalian Mario Gomez dan kemudiannya akan diserapkan sama ada di JDT atau JDT II.

Rozaimi dianggap antara pemain pelapis berbakat besar. Dia pernah mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjaringkan 10 gol dalam 5 penampilan di pusingan kelayakan Piala AFC B22 pada tahun 2013.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget