Skuad The Titans menguasai separuh masa pertama dan membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi rembatan kencang pemain sayap Ahmad Takhiyuddin Roslan dari luar kotak penalti.
Peralawanan menyaksikan penampilan sulung buat tiga pemain import baharu iaitu Rohit Chand, Makan Konate dan Abdoulaye Maïga namun pemain kegemaran Tomislav Busic yang melebarkan pendahuluan T-Team pada minit ke-40 apabila hantaran Takhiyuddin berjaya ditanduk ke dalam gawang ATM.
Bersambung babak kedua, ATM menemui rentak permainan sebelum pemain tengah, Mohd Syukri Mat Hamidi berjaya mendapatkan gol buat The Gladiators setelah mengambil kesempatan atas kelam kabut yang berlaku dihadapan pintu gol.
Makan Konate antara pemain yang paling menyerlah di atas padang dan pemain tengah Mali itu hampir menyudahkan hantaran cantik Busic namun penjaga gol ATM, Mohd Hafizuddin Azuhar berjaya menangkap percubaannya.
Keputusan 2-1 berpihak T-Team kekal sehingga wisel penamat. Dengan itu, T-Team turut menyertai pasukan abang, Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini.
Aksi Liga Super pertama yang menantikan skuad kendalian Rahmad Darmawan adalah kunjungan ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang pada 13 Februari.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan