Sabtu, 9 Januari 2016

Piala FA juga jadi tumpuan Selangor

Pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari tetap mahu skuad Red Giants memberi tumpuan terhadap saingan Piala FA biarpun mereka bakal berdepan jadual padat menghadapi saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC untuk musim 2016.

“Semua pertandingan kita akan beri tumpuan. Itu sudah pasti. Kalau ditanya berapa piala yang mahu dimenangi, kalau boleh kita nak semua piala.

“Tapi kita akan susun semula strategi kita berdasarkan keupayaan dan situasi semasa,” kata Amirudin.

Pada majlis undian Piala FA 2016 yang berlangsung di Hotel BlueWave, Shah Alam, hari ini, Selangor yang kini dibimbing jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan mendapat bye pusingan pertama dan akan bertemu pasukan Liga FAM, AirAsia Allstars FC di pusingan kedua yang dijadual pada 19 Februari ini.

Empat hari selepas itu, Selangor akan beraksi perlawanan pertama peringkat kumpulan bagi saingan Piala AFC 2016 bertemu kelab Filipina, Ceres FC di tempat lawan pada 23 Februari.

“Saingan Piala FA ini bergantung kepada undian dengan Selangor telah diundi bertemu AirAsia Allstars FC di pusingan kedua. Selepas itu, undian akan dilakukan sekali lagi oleh pihak penganjur untuk perlawanan pusingan ketiga, jika kita berjaya layak.

“Semua pasukan perlu bersedia untuk saingan kalah mati ini dan bagi saya, ia sebenarnya satu ujian yang bagus untuk pasukan Selangor.

“Dari awal, saya sudah beritahu yang musim 2016 ini Selangor akan berdepan perlawanan yang lebih banyak kerana kita beraksi di Piala AFC. Jadi kita sudah bersedia untuk ke arah itu,” kata Amirudin selepas turut hadir ke majlis undian berkenaan.

Sumber : faselangor.my

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget