Sabtu, 9 Januari 2016

Terlalu awal untuk ramalan Piala FA : Ahmad Yusof

Ketua jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof tidak mahu membuat sebarang ramalan berkaitan perlawanan pusingan kedua Piala FA 2016 menentang PKNS FC nanti.

Ini adalah disebabkan tarikh perlawanan tersebut masih lagi terlalu jauh dengan kempen Liga Malaysia musim 2016 juga masih belum bermula.

Terengganu dijangkakan akan memulakan kempen mereka pada 13 Februari tetapi masih belum tahu siapa lawan mereka kerana jadual penuh Liga Malaysia masih belum dikeluarkan.

Apa yang pasti buat Ahmad Yusof ialah beliau tidak akan memandang rendah keupayaan PKNS FC walaupun pasukan tersebut akan beraksi dalam Liga Premier musim ini buat musim kedua selepas diturunkan di penghujung musim 2014.

Malah Sang Semut Merah pernah menyingkirkan Terengganu dari pertandingan tersebut di musim 2014 apabila berjaya memenangi perlawanan pusingan kedua mereka 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Oleh itu Ahmad Yusof akan lebih berhati-hati dalam membuat persediaan untuk perjalanan ke Stadium Hang Jebat, Melaka yang telah dipilih oleh PKNS FC sebagai venue perlawanan tempat sendiri mereka musim ini.

Sumber : terengganufa.my

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget