Ahad, 10 Januari 2016

Kanoute import terbaru PDRM

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menguatkan pertahanan menjelang musim baru Liga Super, dengan pengambilan pertahanan antarabangsa Mali, Soleyman Kanoute.

Kehadiran Kanoute, kini tampak memberi ramuan tambahan buat pengendali sang saka biru,Fauzi Pilus mencanang taktikal berkesan.

Fauzi kini mampu memilih, sama ada membariskan pertahanan serba boleh Singapura,Safuwan Baharuddin di benteng atau posisi lain.

Fauzi tiada rungutan dengan aksi Kanoute, walaupun pdrm tumpas 1-2 dalam aksi pra musim pertama berdepan Kuantan FA pada Sabtu.

"Saya berpuas hati cumanya dia agak keletihan kerana baru sampai semalam. Jadi tinggalnya dia cuma perlu masa untuk kembali ke tahap terbaik disamping memahami taktikal dan corak permainan PDRM," katanya.

Bagi fauzi, kanoute memiliki kriteria yang dimahukannya terhadap seorang pertahanan import.

"Dia miliki kriteria yang kami mahukan, dia pamer kualiti yang baik ketika mengetuai barisan pertahanan," jelasnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget