Pencarian import oleh Ketua Jurulatih Kelantan, K Devan berakhir selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara itu menerusi laman sosialnya, malam kelmarin.
“Sukacita saya mengumumkan Kafa telah membuat tawaran dan mereka (kedua-dua pemain itu) menerima secara rasmi kontrak setahun dilanjutkan setahun lagi berdasarkan opsyen ditetapkan pasukan.
“Kedua-dua pemain ini akan didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam minggu ini. Skuad PQP TRW akan diperkenalkan kepada penyokong menerusi acara khas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebelum menentang Kuala Lumpur, dalam masa terdekat,” katanya.
Ilijoski, 32, bekas pemain skuad kebangsaan Macedonia musim 2005 yang bermain di posisi serangan mencipta jaringan 21 gol dalam 32 penampilannya bersama Rabotnicki FC di liga negaranya, tahun lalu.
Sementara Lucca, 22, bintang muda dari Brazil pula pernah menyarung jersi kelab Itali, AS Roma ketika dibimbing jurulatih terkenal Hungary, Zdenek Zeman pada musim 2012 hingga 2015.
Dalam pada itu, sumber terdekat persatuan itu memaklumkan, Lucca yang kini berada di Kota Bharu, sudah pun melakukan ujian saringan kesihatan semalam dan dijangka menjalani ujian kecergasan, Ahad ini.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan