Jumaat, 29 Januari 2016

Faizal galas kapten The Cops

Pertahanan Faizal Muhammad sedia galas tanggungjawab sebagai kapten seandainya dia dipilih oleh pengendali PDRM, Fauzi Pilus.
Pengalaman yang dimiliki oleh bekas pemain Harimau Muda itu menjadikannya sandaran utama bagi skuad The Cops untuk menghadapi cabara Liga Super tahun ini.

Pernah menjadi kapten skuad Terengganu pada tahun 2013, Faizal turut diberi sarung lengan kapten dalam beberapa perlawanan persahabatan pra musim baru-baru ini.

"Saya akan cuba menjalankan tugas saya dengan baik setelah ketua jurulatih telah memberi tanggungjawab yang besar untuk membimbing pemain-pemain lain.

"Bagi saya, pasukan PDRM tidak ada sebarang masalah untuk beraksi menentang mana-mana pasukan Liga Super tahun ini," kata Faizal.

Dalam saingan pertama bagi musim baru, PDRM akan menyambut Sarawak yang dikendalikan oleh bekas penegndali Harimau Malaya, K.Rajagopal pada 13 Februari ini.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget