Bahkan kepimpinan Hai-O dianggap kelebihan baru pasukan itu musim ini.
Hairudin akhirnya menamatkan teka teki ke mana haluannya musim ini selepas memilih untuk menyarung jersi Terengganu.
Walaupun dia bakal menginjak usia 37 tahun musim ini, Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid tetap melihat kredibiliti pemain ini mampu membimbing Terengganu memandangkan pengalaman yang dimiliki Hai-O begitu besar dalam dunia bola sepak negara.
Tiada rasa berkecil hati kehadiran Hai-O dianggap sebagai petanda untuk Terengganu tampil berbeza bagi musim 2016.
“Saya menjangkakan dia boleh membantu. Bagi saya dia akan menjadi contoh yang baik kepada pemain pelapis,” kata Wan Ahmad.
Bukan hanya Hai-O, skuad Penyu juga menerima kepulangan seorang lagi anak jati Terenganu, iaitu Affizie Faisal Mamat yang turut berada dalam majlis tandatangan pemain yang berlangsung pada Ahad.
Walaupun Affizie melewati kontroversi dengan tidak mahu kembali ke pasukan negeri asal selepas bersama Harimau Muda A pada 2013,itu tidak menghalang PBSNT tagih khidmatnya musim ini
“Kami tidak ada masalah sebenarnya kerana sekiranya pemain-pemain kami terima tawaran yang lebih baik, kami alu-alukan sahaja.
Pada masa yang sama, sekiranya pemain itu berniat untuk beri khidmat bersama Terengganu maka itu nasib kami,” tambahnya.
Sudah banyak yang telah dikecapi individu berusia 37 tahun ini.
Walau dikatakan sudah berada di hujung kerjaya, Hai-O bagaimanapun terus membuktikan kemampuan dan kewibawaannya masih diperlukan dalam arena bola sepak negara.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan