Timbalan Pengerusinya, Abdul Aziz Yeop Jamaludin, jelaskan sudah tiada pilihan terpaksa teruskan prosiding kes terbabit selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Walaupun hanya punyai afidavit dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Abdul Aziz dan ahli jawatankuasanya yakin akan dapat penyelesaian mengenai status Syahrul.
Tambahnya, mereka tidak boleh lagi menunggu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kerana sudah kesuntukan masa.
"Bila kita menerima afidavit dari Kelantan, kita pulak menghantar surat penjelasan dari FAS tetapi sehingga 21 haribulan haritu masih tiada jawapan dari Sarawak." Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM.
Syahrul yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan cetuskan keberangan KAFA bila tandatangani kontrak bersama Sarawak di luar pengetahuan mereka pada 20 Disember tahun lalu.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan