Pengurus pasukan Felda United, Datuk Jamaludin Ahmad berkata, ini kerana pasukan itu tidak dibarisi pemain import sebaliknya medan pendedahan kepada pemain baharu.
"Kejohanan ini pentas mencari keserasian dan pemanas badan pasukan, barisan pemain yang dibawa juga baharu bersama.
"Dari segi keserasian memang masih belum ada, selain itu perlawanan ini juga tidak membenarkan khidmat import.
"Jadi bagi saya ia bukanlah ukuran sebenar pasukan," jelasnya ketika ditemui meninjau latihan The Fighters di padang BSN, Bangi, semalam.
Pada kejohanan tersebut, Fighters mencatat dua keputusan seri menentang Nepal (0-0), Sri Lanka (1-1) dan tewas 1-2 kepada Bangladesh yang menyaksikan Felda United gagal ke pusingan seterusnya.
Mengulas persiapan pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016, Jamaludin percaya pemainnya mampu memberikan saingan.
"Kita percaya kombinasi pemain sedia ada dan baharu serta import yang dibawa masuk ia akan menambahkan kekuatan pasukan," katanya.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan