Jumaat, 18 Disember 2015

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila mendominasi lapan daripada 17 kategori yang dipertandingkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, di sini, malam tadi.

Mendahului senarai skuad Harimau Selatan itu adalah tonggak tengah yang juga kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan Pemain Tengah Terbaik.

Kejayaan membawa pulang Piala AFC 2015 ke bumi Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara turut membantu pasukan JDT untuk dipilih sebagai penerima Anugerah Khas.

Selain itu, empat lagi pemain Harimau Selatan iaitu Amri Yahyah, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Farizal Marlias dan Luciano Figueroa serta jurulatihnya, Mario Gomez turut menguasai lima kategori lain.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015:

Pemain Paling Bernilai: Safiq Rahim (JDT)

Jurulatih Terbaik: Mario Gomez (JDT)

Penyerang Terbaik: Amri Yahyah (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT)

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Pemain Import Terbaik: Luciano Figueroa (JDT)

Pemain Muda Terbaik: Matthew Davis (Pahang)

Anugerah Fair Play: LionsXII

Kelab Penyokong Terbaik: Elephant Army (Pahang)

Pasukan Bola Sepak Terbaik: Kedah

Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Pemain Futsal Lelaki Terbaik: Azrul Hadee Mohd Taufiq

Pemain Futsal Wanita Terbaik: Siti Asnidah Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super: Dramane Traore (PDRM, 20 gol)

Penjaring Terbanyak Liga Perdana: Francis Forkey Doe (NS Matrix, 17 gol)

Anugerah Khas: JDT

Sumber : 90minit

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget