Sabtu, 26 Disember 2015

NAZA taja naik taraf Stadium Darul Aman

Naza Group of Companies telah menaja proses menaiktaraf kemudahan Stadium Darul Aman secara berperingkat dan 6 Disember lepas YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, Presiden Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah dan Persatuan Bolasepak Kedah telah melancarkan bilik persalinan baru di Stadium Darul Aman yang digelar NAZA RED EAGLE NEST & NAZA AWAY NEST.

NAZA bermurah hati menaja kos menaiktaraf bilik persalinan sedia ada dan merupakan syarikat pertama di Malaysia untuk berbuat demikian dengan persatuan bolasepak tempatan.

NAZA juga akan turut menaja beberapa lagi bahagian kerja naik taraf di Stadium Darul Aman seperti:

1. Bilik Solat/Surau
2. Bilik Mesyuarat VIP dan Bilik Jamuan
3. Kamar Diraja
4. Tempat Duduk Pegawai & Pemain Simpanan Pasukan Tuan Rumah dan Pasukan Lawan

Penajaan bagi tempoh 3 tahun bermula musim 2016.

Stadium Darul Aman merupakan gelanggang tuan rumah skuad hijaukuning dan merupakan Stadium pelbagai guna. Ia dibina pada tahun 1967 dan digunakan sepenuhnya sebagai venue sukan, acara pentadbiran negeri, aktiviti sosial dan acara persendirian di negeri Kedah.

Stadium Darul Aman yang berbentuk bujur ini mampu memuatkan kapasiti 32,387 tempat duduk dan pernah direkodkan kapasiti maksimum lebih dari 80,000 orang dalam sesuatu acara. Kehadiran tahunan dianggarkan sekitar 350,000 penonton.

Stadium Darul Aman telah diiktiraf antara stadium yang telah menerima penyokong paling ramai bagi musim 2015 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan penjualan tiket tertinggi bagi saingan Piala Malaysia 2015.

Musim 2016, ayuh kita buktikan, Stadium Darul Aman antara yang meriah di Malaysia.

Sumber : Kedah FA fb

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget