Jumaat, 11 Disember 2015

JDT mahu tampil kejutan di kelayakan ACL 2015


KAMI MAHU TAMPILKAN KEJUTAN PADA SAINGAN KELAYAKAN ACL 2016

Dipetik dari laman rasmi facebook JDT, Ismail Ibrahim selaku Penolong Jurulatih Johor Darul Ta'zim berkata, "Meskipun peluang melangkah dalam saingan merebut tempat utama dalam kejohanan ACL 2016 tampak sukar, saya yakin pemain akan menampilkan kejutan untuk mencabar pasukan bekas juara tiga kali Liga Perdana Thailand, Muangthong United".

Menurut beliau lagi, "Persediaan pra-musim yang akan diharungi oleh skuad Johor Darul Ta'zim diharap dapat membantu untuk memenangi perlawanan kelayakan di tempat lawan yang dijadualkan pada 2hb Februari nanti".
Sekiranya JDT berjaya menewaskan Muangthong United (Thailand) dan Shanghai SIPG (China) di pusingan play-off,  JDT akan layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2016 dan akan ditempatkan dalam Kumpulan G.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget