Jumaat, 11 Disember 2015

5 ASSIST TERBAIK JDT MUSIM 2015


Berikut adalah senarai 5 assist terbaik bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bagi musim 2015 :

No 5  : Amri  (JDT vs Kelantan , Liga Super , Larkin)

- Ketinggalan 0-1 kepada pasukan pelawat ketika itu , Amri yang mendapat umpanan daripada Kunanlan membuat hantaran ke tengah yang cukup cantik dan tepat ke arah Harris Harun untuk gol penyamaan JDT.

No 4 :  Kunanlan (JDT vs Selangor , Liga Super ,Larkin)

- S Kunanlan membuat hantaran  yang menarik  dan tepat ke arah Lucho untuk gol kedua JDT malam itu , hanya beberapa minit selepas Selangor menjaringkan gol penyamaan.

No 3 : Leandro (South China vs JDT , AFC , Mongkok)

- Mendapat hantaran pendek daripada Safee, Leandro dengan lincahnya melarikan bola dan mengaburi pertahanan lawan seterusnya melorongkan bola kepada Mahali untuk gol pertama JDT yang cukup penting malam itu

No 2 :  Jasazrin (JDT vs East Bengal , AFC , Larkin)

- Jasazrin berlari laju dari tengah padang untuk melepasi perangkap offside lawan seterusnya dengan tenang dan tidak tamak beliau melorongkan bola kepada Chanturu untuk gol ketiga JDT.

No 1 : Pato (JDT vs ATM , Liga Super , Larkin)

- Pato dengan liciknya membuat hantaran berkelas dunia yang sukar dibaca pertahanan lawan dari tengah padang  untuk Amri menjaringkan gol pertama JDT malam itu.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget