Terbaharu
Isnin, 14 Disember 2015
Benjamin Mora Dilantik Jurulatih JDT II
Dipetik dari laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers, Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) diperkuatkan lagi dengan kehadiran Ketua Jurulatih baru bagi menghadapi cabaran musim depan.
Benjamin Mora yang berasal dari Mexico, akan dibantu oleh jurulatih dari Borussia Dortmund dalam usaha membentuk dan melatih pemain muda dari aspek pembangunan bolasepak negeri.
Keutamaan ditetapkan oleh jurulatih adalah terhadap pembangunan bakat-bakat muda, dimana hanya empat atau lima orang pemain senior sahaja akan dikekalkan dalam JDT II bagi membimbing dan berkongsi pengalaman serta kemahiran mereka bersama para pemain muda.
Kepakaran yang dimiliki oleh beliau sewaktu melatih pasukan-pasukan seperti Cafetaleros, Guerreros, Gallos Blancos dan Atlante di Mexico sebelum ini pasti akan membantu pasukan JDT II.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan