Empat pemain Tok Gajah terbabit ialah penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, kapten mereka yang juga bekas pemain Selangor, Razman Roslan, pemain sayap, R Gopinathan serta pemain tengah, Hafiz Kamal.
Pengumuman pemain baharu ini disahkan oleh pengurus Selangor, Amirudin Shari pada sidang media di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), sebentar tadi.
Amirudin berkata, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut mengekalkan 15 pemain dari skuad sedia ada termasuk dua pemain import mereka.
“Kebanyakan pemain tempatan yang kekal adalah pemain tonggak yang beraksi dengan cemerlang pada saingan musim ini.
“Malah, kita mengekalkan pertahanan import Australia, Robert Cornthwaite dan menawarkan sambungan kontrak kepadanya untuk dia terus menyarung jersi Selangor musim depan,” katanya.
Beliau turut berkata, FAS sedang giat mencari dua lagi pemain import bagi memenuhi kuota empat pemain yang dibenarkan, dengan kedua-dua pemain itu semakin hampir menandatangani kontrak yang ditawarkan.
“Namun, kita tidak boleh umumkan kerana masih dalam perbincangan tetapi kami optimis untuk mendapatkan kedua dua pemain itu,” katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan