Sabtu, 18 Februari 2017

Previu Perak vs JDT : Pertembungan yang dinantikan

Belum pun perlawanan bermula sudah berbunyi provokasi yang dilancar kedua-dua belah pihak. Dan yang terbaharu dua bekas pemain JDT, Nazrin Nawi dan Jasazrin tidak dibenarkan untuk bermain.

Namun itu semua merupakan rencah dalam perlawanan panas ini. JDT yang merupakan juara bertahan pastinya ingin menawan Ipoh.

Begitu juga dengan skuad kendalian Karlz Weigang yang ingin mencalar ego sang juara. Untuk artikel kali ini, penulis menggariskan beberapa isu hangat.


Lazada Malaysia

Nazrin Nawi dan Jasazrin tidak dibenarkan bermain

Mengikut sumber yang penulis peroleh, dikatakan malam ini tiada kelibat dua bekas pemain JDT, Nazrin Nawi dan Jasazrin. Ini berdasarkan antara syarat di dalam pembelian tebus kontrak yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Namun itu tidak mengusarkan pengendali Perak kerana beliau masih memiliki beberapa nama untuk mengisi kekosongan mereka. Antara nama yang dicanang Hafiz Ramdan dan Hafiz Kamal.

Kedua-dua mereka sedang menikmati prestasi terbaik mereka lebih-lebih lagi Hafiz Kamal. Ekoran kemunduran prestasi antara Kenny Palraj dan Nasir Basharuddin memberi peluang untuk beliau bermain di belakang Faton Toski.

Adik vs Abang

Perlawanan malam ini cukup menarik kerana ia melibatkan perhubungan saudara. Mereka selalu beraksi di bawah kelab yang sama dari pasukan Negeri Sembilan, kemudian ke ATM sebelum disambar JDT.

Untuk pertama kalinya kembar ini akan bermain di satu padang yang sama tetapi berlainan kelab. Kemungkinan untuk melihat pertembungan epik ini agak tipis memandangkan Aidil masih dalam proses recovery.

'Statik Pivot' vs 'Broken Pivot' : siapa akan menang?
Kedua-dua pasukan memiliki masalah yang sama dari awal musim. Perak dengan 'statik pivot' manakala JDT dengan 'broken pivot'.

Namun baru-baru ini masing-masing seperti sudah menjumpai ramuan untuk mengatasi masalah ini.

Perak akhirnya menemui pengganti dengan kemasukan Hafiz Kamal yang beroperasi sebagai 'deep-lying playmaker'. Tempo permainan Perak yang acapkali terlalu defensif berubah menjadi lebih ofensif.

Benjamin Mora mengambil perubahan drastik dengan menjadikan Afiq Fazail sebagai 'lone pivot'. Walaupun beliau agak kekurangan dalam 'shielding the back four' namun kemasukkan beliau menyerlahkan kembali prestasi Safiq Rahim yang agak merundum.

Gandingan Safiq-Amirulhadi yang seringkali dikritik akhirnya dipecahkan dan trio Safiq-Afiq-Nazmi mendapat pujian dari ramai pihak.

Falsafah JDT

Acapkali TMJ menyatakan falsafah JDT yang mahu diterapkan baginda di dalam skuad revolusi kali kedua JDT ini. Perlawanan antara Felda United menentang JDT menunjukkan peningkatan corak dan tempo permainan mereka.
Mereka tampak lebih banyak menguasai bola dengan hantaran-hantaran pendek pantas dan melakukan build up yang tersusun. Namun masalah utama mereka ialah konsistensi dan stamina.

JDT hanya mampu bermain dengan corak sedemikian hanya dalam tempo yang sebentar. Pemain-pemain mereka tidak mampu mengekalkan tempo tinggi yang mereka amalkan sehingga ke wisel penamat.

Ini juga disebabkan pemain JDT masih tidak mencapai tahap stamina yang diperlukan untuk bermain secara intensiti tinggi.

Rekod Pertemuan

Dalam tempoh 4 tahun, Perak dan JDT sudah pun bertemu sebanyak 8 kali. dan 6 perlawanan dimenangi JDT manakala selebih baki perlawanan dimenangi Perak.

Berikut adalah rekod pertemuan mereka :
• JDT 1-0 Perak, 11 Januari 2013
• Perak 3-0 JDT, 27 April 2013
• JDT 2-0 Perak, 18 Januari 2014
• Perak 0-1 JDT, 15 April 2014
• Perak 2-1 JDT, 24 April 2015
• JDT 4-1 Perak, 19 Ogos 2015
• JDT 2-1 Perak, 5 April 2016
• Perak 0-1 JDT, 6 Ogos 2016

Pemain Tumpuan

Perak - Faton Toski
JDT - Gabriel Guerra



Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget