Khamis, 2 Februari 2017

JDT kelab terbaik dari Asia Tenggara

JDT berjaya mengatasi kelab utama Jepun iaitu Urawa Reds dan juga kelab terulung Liga Thailand Buriram United dalam ranking terkini kelab-kelab terbaik AFC yang baru saja dikeluarkan oleh AFC sebentar tadi.

JDT kelab terbaik dari Asia Tenggara


Menurut ranking yang dikeluarkan oleh AFC, JDT merupakan kelab terbaik di Asia Tenggara ketika ini.

Mereka berjaya menduduki tangga ke-24 dengan mengutip 32.196 mata dan turut naik dari 11 anak tangga dari kedudukan ke-35 sebelum ini.

JDT juga berjaya memintas beberapa kelab utama yang sering menjadi ‘muka tetap’ di AFC Champions League seperti Urawa Reds Diamond dari Jepun dan juga Buriram United dari Thailand.

Urawa Reds Diamond jatuh ke tangga 26 dengan 40.167 mata – jatuh 6 mata dari kedudukan sebelum ini di tangga 20.

Sementara Buriram United pulang di tangga 31 dengan mengutip 28.806 mata – jatuh 17 mata dari kedudukan lalu di tangga ke-14.

2 lagi wakil negara, Selangor dan Pahang turut berjaya memasuki kelompok 100 kelab terbaik di Asia.

Selangor menduduki tangga ke-81 dengan mengutip 9.864 mata dan jatuh 10 anak tangga dari kedudukan lalu.

Sementara Pahang pula di tangga ke-83 dengan mengumpul 9.53 mata – naik 13 anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Al Ain kelab terbaik Asia


Al Ain dari Emeriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi kelab terbaik di Asia selepas berjaya menduduki kelab teratas di ranking kelab terbaik AFC.

Mereka mengumpul 99.122 mata dan naik 3 anak tangga dari kedudukan lalu.

Kedudukan 10 kelab terbaik Asia juga menyaksikan kelab dari UAE, Korea Selatan, China dan Qatar menguasai carta dengan setiap negara mempunyai 2 wakil dalam kelompok 10 kelab terbaik Asia.

Cuma wakil dari Arab Saudi (Al-Hilal – tangga kedua) dan wakil Australia iaitu Western Sydney Wanderers (tangga kelapan) menjadi wakil tunggal kedua-dua negara dalam kelompok 10 pasukan terbaik Asia.

Berikut adalah kedudukan penuh 10 kelab terbaik Asia:

Al Ain (UAE) – 99.122 mata
Al Hilal (Arab Saudi) – 93.91 mata
FC Seoul (Korea Selatan) – 95 mata
Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan) – 89 mata
Guangzhou Evergrande (China) – 82.717 mata
Lekhwia (Qatar) – 69.384 mata
Al-Geish (Qatar) – 59.884 mata
Western Sydney Wanderers FC (Australia) – 55.876 mata
Shandong Luneng Taishan (China) – 55.217 mata
Al Ahli (UAE) – 53.122 mata

Sumber : semuanya bola

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget