Rabu, 8 Februari 2017

FAS buat rombakan besar-besaran akhir Februari ini

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengalami perbuahan secara besar-besaran akhir Februari ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, rombakan tersebut akan melibatkan barisan exco di dalam FAS.

Exco-exco FAS juga telah menerima perletakan jawatan presiden FAS yang juga Menteri Besar Selangor – Datuk Seri Azmin Ali.

Belum hantar surat


Bagaimana pun exco-exco FAS belum lagi menerima surat perletakkan jawatan tuan presiden mereka itu.

Akan tetapi, barisan exco FAS bersetuju untuk menerima perletakkan jawatan Azmin yang dikeluarkan menerusi kenyataan media pada 30 Disember 2016.

Azmin menarik diri dari jawatan tersebut selepas beliau tidak berpuas hati dengan sikap barisan exco FAS yang bermentalitikan “politik semata-mata” serta gaya pengurusan yang lama.

Selain itu, beliau juga menempelak sikap barisan exco FAS yang hanya mengharapkan bantuan dana negeri dari kerajaan negeri sahaja.

Wakil FAS berkata, mereka perlu menurut kehendak Azmin yang tidak lagi mahu bersama apatah lagi bertemu dengan barisan exco FAS bagi memastikan persatuan tersebut terus maju ke hadapan.

FAS akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada penghujung Februari ini. Ia dijangka akan dilangsungkan pada 23 Februari ini.

Kami berharap kemelut yang melanda pasukan Selangor akan berakhir dengan barisan exco yang dilantik adalah dari kalangan yang cerdik dalam bola sepak.

Adakah selepas ini Raja Muda Selangor akan ambil alih tampuk pemerintahan FAS?

Sumber : semuanyabola


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget