“Kami tidak gerun dengan kelibat Mohd Faiz Subri (pemenang Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2016),” kata kapten T-Team, Mohd Hasbullah Awang.
“Misi kami hanya mahu menang untuk menebus semula kesilapan ketika dibelasah Pahang 5-0 minggu lalu,” katanya menjelang pertemuan T-Team dengan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
Pemain pertahanan itu berkata, mereka tidak mahu hanya menumpukan kepada Mohd Faiz sebaliknya perlu mengawasi semua pergerakan pemain Pulau Pinang. Apa yang penting baginya ialah pemain yang diturunkan ketua jurulatih, Rahmad Darmawan nanti dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya.
“Mohd Faiz pernah bersama T-Team sebelum ini dan kami sudah tahu gaya permainan. Selain kunci pergerakan Mohd Faiz, kami akan fokus terhadap pemain lain terutama pemain import mereka,” katanya kepada BH Online.
Mohd Hasbullah menegaskan kemenangan ke atas Pulau Pinang penting untuk mengelakkan jurang mata jauh tertinggal dengan pasukan lain walaupun aksi hanya akan memasuki perlawanan kedua.
Katanya, mereka bertanggungjawab di atas kekalahan besar di tangan Tok Gajah di Stadium Darul Makmur dan akan berusaha menebus semula kesilapan berdepan Harimau Kumbang.
“Lupakan aksi buruk di Kuantan dan kami perlu bangkit di laman sendiri.
“Hanya kemenangan saja mampu mengubati duka dan saya yakin ketua jurulatih (Rahmad Darmawan) juga sudah ada perancangan untuk perlawanan Sabtu ini,” katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan