Isnin, 18 Julai 2016

TMJ bidas ulasan pihak tertentu berkaitan isu persaraan

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas ulasan dibuat pihak tertentu berkaitan keputusan bersara empat pemain bola sepak kebangsaan yang diumumkan minggu lalu.

Menurut beliau, kenyataan individu itu seolah-olah keempat-empat pemain tersebut tidak pernah berkhidmat dan membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan.

"Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja.

"Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu cterima kasihc. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja." katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southerns Tiger, hari ini.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunalan dan Mohd Amirulhadi Zainal mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan.

Sementara, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semalam dilaporkan berkata lebih baik pemain yang mahu bersara itu tidak bermain lagi baik di peringkat kebangsaan mahupun kelab serta negeri supaya ia tidak menjadi pertikaian.

Tunku Ismail turut mengingatkan agar individu berkenaan tidak menunjukan kepada beliau dan generasi sekarang, orang lama susah hendak menerima masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

"Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bola sepak dan kepentingan politik.

"Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan," katanya.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget