Isnin, 13 Jun 2016

Selangor tidak berminat lagi dapatkan khidmat Nwakaeme

"Kami tidak akan mendapatkan Dickson," kata pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari, bahawa mereka tidak akan membawa pemain dari Nigeria itu menyarung jersi Merah Kuning apabila pintu perpindahan kedua dibuka 20 Jun nanti.

Selangor membuat pengesahan bahawa mereka tidak lagi berminat untuk mendapatkan khidmat bekas orang besi Pahang, Dickson Nwakaeme, selepas rundingan terdahulu gagal mencapai kata sepakat di antara kedua-dua pihak.

Sebelum ini, timbul desas-desus Nwakaeme bakal menyertai Selangor ketika pintu perpindahan kedua pemain pada 20 Jun ini dan menggantikan Andik Vermansah.

Hubungan baiknya dengan pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan, menguatkan lagi spekulasi dia akan bersama Red Giants.

Namun, menurut Amirudin, pemain dari Nigeria itu bukan lagi keutamaan Selangor.

"Saya mengakui bahawa kami telah berbincang dengan Dickson dan banyak pasukan mahu mendapatkan khidmatnya. Buat masa ini, kami tidak akan menandatanganinya kerana kos yang agak tinggi," kata Amirudin.

Begitupun, dia tidak menolak kemungkinan Selangor akan melakukan pertukaran pemain import, cuma masih berkira-kira siapa yang akan digantikan.

Daripada senarai empat pemain import, Andik dilihat mungkin terselamat kerana masih mempunyai kontrak selama dua tahun.

"Kami sedang menganalisis video prestasi pemain Selangor sepanjang musim ini, kami mahu memperbaiki kelemahan di dalam pasukan."

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget