Selasa, 21 Jun 2016

Hadin akan kembali ke JDT?

Pemain muda Felda United, Hadin Azman, akan kembali ke JDT, 2 tahun selepas beliau dipecat dari JDT kerana kesalahan terhadap rakan sepasukan.

Pemain sayap kiri ini akan menyertai JDT selepas Felda United menerima permohonan pelepasan bintang yang sangat menyerlah pada 2016 ini.

Dengan kedua-dua pasukan sedang bersaing untuk merebut Juara Liga Super, penyertaan Hadin akan menguatkan lagi bek kiri JDT.

"Hadin telah menyatakan hasratnya kepada Felda dan kemungkinan besar akan ke JDT beberapa hari atau minggu lagi," sumber dari Felda berkata.

Hadin telah menghadiahkan 4 gol kepada Felda dan Irfan Bakti pernah mencadangkan namanya dalam senarai skuad kebangsaan. Walaubagaimanapun ia ditolak kerana jurulatih merasakan Hadin perlu lebih matang untuk mendapat tempat.

Hadin menyertai Felda tahun lepas selepas dipecat dari JDT pada Mei 2014 kerana kesalahan terhadap rakan sepasukan dalam bilik persalinan.

Dia berusaha untuk mendapat tempat dalam pasukan utama Felda dan berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama musim ini.

Irfan Bakti pada minggu lepas berkata, "Saya tidak boleh menghalang pemain saya apabila mereka mendapat tawaran lebih tinggi, tetapi saya mengharapkan agar dimaklumkan terlebih dahulu untuk mencari pengganti."

Sumber : Fourfourtwo

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget