Selasa, 5 April 2016

Mansuh saja Liga Malaysia

“Kalau tak boleh tangani isu keganasan bola sepak, baik mansuhkan atau tutup saja liga bola sepak di Malaysia,” demikian saranan pengkritik sukan tanah air Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim kepada badan induk bola sepak negara iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, sekiranya FAM tidak mampu lagi menangani isu keganasan bola sepak dalam kalangan penyokong tempatan dengan sebaiknya, beliau mengesyorkan supaya saingan Liga Malaysia (Liga-M) dimansuhkan serta-merta bagi menjamin keselamatan penyokong yang hadir.

Jelasnya, insiden terbaharu di luar kawasan Stadium Majlis Perbandaran Selayang membabitkan penyokong Perak dan Kuala Lumpur amat mengejutkan kerana penyokong sudah berani membawa senjata tajam bagi mencederakan orang lain.

“Isu ini bukan baru malah pernah berlaku sebelum ini tapi dulu tidak sampai meng
gunakan senjata seperti parang hanya membaling batu ke arah penyokong lain.

“Namun dengan insiden itu, saya sifatkan FAM langsung tidak belajar sesuatu daripada peristiwa malang sebelum ini. Bahkan kali ini penyokong dilihat lebih berani apabila membawa senjata untuk mencederakan penyokong.

“Jangan sampai jadi kes bunuh baru mahu bertindak. Kalau begitu baik FAM tutup saja liga demi kebaikan bersama,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jumaat lalu, tiga penyokong Kuala Lumpur dan dua Perak cedera dalam insiden kekecohan di luar stadium ketika perlawanan suku akhir kedua Piala FA.

Ia percayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penyokong membaling batu dari luar ke tempat duduk penonton di dalam stadium, sebelum ia berlarutan pula di luar kawasan stadium itu.

Malah, tindakan penyokong yang membawa parang menyebabkan keadaan bertambah ngeri hingga mencederakan penyokong Perak.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget