Sabtu, 9 April 2016

Analisis MSL 2016 : Selangor vs Kedah

Selangor 2 vs Kedah 2

WEAK DI LEFT BACK KEDUA DUA PASUKAN KONGSI MATA.


Set Up


Selangor 4-1-3-2


Selangor bermula dengan lone pivot dan menurunkan on form Gopi di wide area bersama dengan Andik.


Analisis dipetik dari Axello Tacts

Kedah 4-4-1-1


Kedah bermula dengan 4-4-1-1 dengan Kahe di atas dan Sandro di hole area. Namun fokus utama taktik kedah adalah untuk overload final third dengan 4-1-1-4 bila Fakri dan Syazwan diaktifkan ke byline.

Perlawanan Bermula Dengan Intensif Tinggi.


Selepas menganalisis game Terengganu dan Felda yang tiada real contest dari segi pace, saya menikmati permulaan game ini. Kedah ada speed di flank dan Selangor pun sama. Kedua-dua pasukan mencipta peluang dan Andik lebih selesa dengan role yang lebih ke half space dan Gopi di wide area.

Pertarungan di center circle agak dikuasai Kedah kerana Hafiz Kamal memang tidak selesa dengan high intensity game. Sehinggakan Andik terpaksa mmbantu di defensive third. Namun pemain seperti Nazmi layak diberikan kredit.

Selain itu kematangan Amirul Hisyam sentisa menjadi kunci kepada keupayaan enjin pasukan Kedah di tengah. Walaupun protection daripada Liridon kali ini, Amirul tetap efektif bermain destroying role di deep holding center midfielder.

LEFT BACK IS THE WEAKEST LINK !


Selangor dan Kedah memiliki masalah yang sama. Boleh dikatakan 4 gol dalam game ini melibatkan left back secara langsung ataupun tidak. Raimi berkali-kali diancam dengan compass passes daripada midfielder Kedah ke wide area.



Positioning dan duel abilities yang lemah membolehkan Kedah mendapat gol pertama selepas Rizal membawa bola ke byline dengan mudah dan cut back pass ke dalam box kosong dengan Syazwan yang dari awal intend ke dalam kotak penalti.


Defenders Selangor ditarik oleh strikers Kedah hingga ke deep area. Memang diakui kelemahan flat 4 Selangor antara punca, namun kebijaksanaan dan teamplay Kedah hasil gabungan pace, technical, decision making dan intinctive offball movement.





RESPON SELANGOR


Zainal menukarkan flanker beliau dengan Andik ke kiri dan Gopi ke kanan. Hasilnya amat luar biasa. 2 gol yang membolehkan Selangor menyamakan kedudukan dan kemudian mendahului. Ia adalah respon yang sangat baik.


Gopinathan menggunakan ruang yang diberikan dengan suntikan pace yang tinggi dan melakukan decisive shot yang kencang. Kemudian skema ini digunakan untuk gol kedua Selangor dengan anjakan energy oleh Azrif menolak Gopi ke high line. 2 kali area Azmeer bocor dan memberikan gol. Gopi generate forward play dengan speed dan Bang Seung Hwan ditewaskan di halfspace, kemudian, hard pressuring low cross disambut Patrick dalam keadaan defenders Kedah sudah hilang balance.

LIRIDON EFFECTIVE PLAY


Liridon adalah pemain yang sangat efektif dalam playmaking. Dengan skill dan vision yang tinggi, Liridon melancarkan banyak key passes dan key movement. Tapi sayangnya Kedah gagal melakukan produk akhir lebih berkualiti. Dinamic display Liridon mendesak pemain Selangor melakukan banyak foul ke atas beliau sama ada ia kerana taktikal atau teknikal. Tak syak lagi beliau dalam landasan untuk player of the year award jika diteruskan konsistensi.

Deep lying playmaker yang kadang-kadang menjadi advance mifielder untuk menyerang hingga ke zone 17.

PELAN SERANGAN KEDAH


Kahe di atas kertas adalah target man, namun dalam game ini, Kahe banyak drag ke zon 14 dan 15 untuk menerima bola. Pelan serangan yang seperti mengarahkan Kahe menarik CB Selangor dan membuka ruang kepada pemain di tengah atau di flank.

Ini menunjukkan Tan Cheng Hoe mahukan pemain overloading / memenuhkan the final third. Taktik untuk berdepan dengan unit back 4 Selangor yang lebih deep dan sentiasa dalam 4-6 orang. Taktikal ini akan lebih berjaya jika kualiti final passes dan chemistry dalam teamplay Kedah dipertingkatkan lagi / lebih baik dan imaginative.

Keadaan ini yang mewujudkan sehingga 4 pemain di top attacking line dan memang akan mendesak defender lawan melakukan kesilapan termasuk foul atau handball. Sistem ini berkesan secara taktikal tetapi kurang produktif kerana final passes yang banyak tidak sampai dan banyak shots dari luar berdepan on form GK.

Selain itu, Kedah juga sangat aktif mengalirkan bola ke kanan untuk memanipulasi ruang di sebelah Raimi. Ada suatu ketika Tan Cheng Hoe mengarahkan Syazwan bertukar ke flank kanan untuk menambah pace di kanan, sayangnya, beliau injured dan kemudian tidak banyak cerita mengancam bila Fakri bermain di situ.



ISU ENERGY DAN STAMINA


Bila kedua-dua pasukan bermula dengan intensif tinggi, ia amat ketara isu penurunan pace mula berlaku pada sekitar minit ke 70 dan ke atas dan ia masalah biasa dalam liga kita. Sumbangan  speed terutama daripada flanker mulai merosot dan ia adalah sumber utama Selangor dalam game ini. Untuk Kedah , jelas ketara adalah support di antara pemain yang mulai kurang.

Ini yang membuatkan counter attack kedua-dua pasukan tidak cukup incisive dan Selangor gagal menghukum kecelaruan high difensive line Kedah. Kedah pula agak bernasib baik kerana tidak terlalu bergantung kepada pace yang lebih daripada diperlukan Selangor ketika menyerang.  Lebih banyak long ball untuk fast break dilancarkan pada timeline ini. Kedah mengekalkan taktik overload di final third dan mendapat penalti dan kemampuan pemain dalam holding bola. Namun isu lack of support terutama ktika diserang adalah isu yang harus digariskan.

KEDUA-DUA PASUKAN BERMAIN PITCH WIDE


Ini agak mengejutkan, terutama pada second half, kedua-dua pasukan masing-masing dalam pitch wide. Saya buat kesimpulan, Kedah sedang berain dalam corak taktikal Zainal dan advantage milik Selangor. Banyak gerakan bahaya oleh Selangor melalui counter attack yang mewujudkan 3 vs 4 dan 3 vs 3 tetapi decision making dan lose possesion oleh Selangor menjadi sebab kenapa mereka tidak mendapat clear cut chances tambahan.

R.Gopinathan's Display 


R. Gopinathan walaupun hero kombo 1 gol dan 1 assist, ada beberapa decision beliau adalah setback kepada produk akhir. Saya lampirkan berberapa sampel.


Namun positifnya dalam game ini, beliau terus membuktikan bahawa beliau adalah antara pemain yang sudah settle down di sini berbanding dengan pemain baru yang lain.

RUMUSAN PASUKAN 


SELANGOR -- 6.0
-- Attack daripada kanan
-- Counter attacking football
-- Lebih pacey
-- lemah berdepan skillful dan pacey players.

KEDAH -- 6.0
-- Attack dari kanan
-- Possession football
-- Kuat ketika duel
-- Lemah menangani counter attack

TOP PERFORMERS


1. R. GOPINATHAN (MOTM)
2. LIRIDON
3. SYAZWAN ZAINON

Kesimpulannya


Kedua-dua pasukan bermain dalam suasana yang lebih taktikal pada awalnya dan bertarung secara teknikal pada babak-babak akhir. Ia bukanlah perlawanan yang ada pemilikan / dominasi jelas kerana kedua-dua pasukan masing-masing ada fasa-fasa dominan.

Secara defensive , Selangor adalah lebih baik jika Raimi tidak terlalu naif,  Selangor berhak menang. Manakala pula lebih taktikal ketika menyerang namun agak goyah ketika di counter attack. Satu kordinasi taktikal berani dengan overload final third tetapi TCH masih perlu perbaiki perihal mencegah impak counter attack dan pengekalan intensiti di flank. Kaji balik pasal Fakri di flank.

Kedah dan Selangor berada dalam landasan yang masih betul dan tahniah Zainal kerana lebih banyak short passes dan tidak terlalu rigid. Cuma perlu diperbaiki role Olivi dan Hafiz Kamal. Pertukaran taktik dan flanker ketika Gopi on form di kanan adalah antara isu yang perlu dikaji kerana Andik boleh bermain di mana-mana. Ada suatu ketika 4-1-3-2 Zainal seperti diamond.






Sumber : axello tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget