Sabtu, 9 April 2016

Analisis MSL 2016 : Kelantan vs Johor DT

Kelantan 2 Johor DT 2

Pertukaran Taktikal Kelantan Di Second Half, Akhirnya Kedua-Dua Pasukan Seri.

Analisis dipetik dari Axello Tacts

PERMULAAN


KELANTAN 4-1-2-2-1 ( 4-1-2-3 )

Devan menggunakan 2 winger dan lone target man. Di tengah Piya, Indra dan Gan diturunkan. Namun saya lebih melihat ia adalah lone pivot, Gan. Ini kerana Piya dan Indra adalah offensive minded.

JDT 4-3-3

Hampir 70% dalam game mereka beraksi dengan pressuring 3-4-3. Safiq Rahim diletakkan di wide area untuk menjadi wide playmaker. On form Lucero dan Diaz di atas.


KELANTAN BERMULA BAIK


Agak melangkaui ekspektasi banyak pihak yang meramalkan JDT akan mendominasi game ini dari awal selepas aksi hambar Kelantan yang tewas sebelum ini dan prestasi semasa yang tidak menentu. Namun sebaliknya, Kelantan lebih awal menekan JDT di kawasan mereka. Namun disiplin dan kekuatan teknikal JDT di pertahanan menjadikan Kelantan bekerja tanpa produk akhir.

Kelantan adalah better side pada 8 minit pertama. Namun yang kurang enaknya bila mereka gagal mengekalkan intensiti dan game flow kerana kerap sangat terhenti akibat foul dari kedua-dua pasukan.

JDT lebih benefited daripada situasi foul dan restart play ini apabila, mereka mulai bertenang dan mengembangkan 3-4-3 dalam game ini. JDT mulai menekan Kelantan dan mendapat gol melalui cross selepas short corner JDT, tiada plan khas digunakan Kelantan menekan short corner routine yang kerap menjadi punca gol JDT. Marcos Antonio dengan towering header dan contact daripada Lucero membolehkan JDT mendahului. Lucero meraikan gol dengan aksi signature.

FASA DOMINASI JDT DENGAN 3-4-3


Selepas gol tersebut, JDT mendominasi perlawanan dengan sistem yang overload di center area. Safiq Rahim menjadi wideman playmaker. Saya agak kurang suka peranan ini walaupun secara formasi taktikal ia memang berkesan. Tetapi, secara individual, dengan hole dan gap yang besar antara back 4 Kelantan, jika Safiq lebih bermain sebagai advance midfielder, mungkin contribution dia lebih tinggi dari segi assist dan gol. Kebanyakan key contributions Safiq adalah melalui setpiece play dan corner kick.


JDT pressuring dengan cepat di kawasan Kelantan mahupun di kawasan sendiri dan mewujudkan panik kepada pemain Kelantan yang akhirnya melepaskan poor passes dan melakukan kesilapan ketika build up.


Khairul Fahmi adalah pemain yang banyak meyelamatkan Kelantan daripada masuk ke bilik rehat dengan bolos lebih banyak. 3 saves dan 2 key saves dilakukan Apek. Antaranya refleks kepada deflected free kick Safiq.

KELANTAN BUNTU BERDEPAN MIDFIELDER 4 DAN DEFENSIVE BLOCK JDT


Banyak long passes dilancarkan daripada deep / holding area direct mencari no.9 atau wingman di zon 16 dan 18. Ia adalah fasa paling sukar pasukan Kelantan dalam game ini. Midfielder 3 , Kechik-Indra-Wan Zack terputus talian dengan Traore.


Defensive block JDT yang dishield oleh Midfielder 4 terutama Harris dan Amirul sangat cepat closing down dan pressurtoing pemain lawan di middle third. Kemudian mereka akan recycle bola untuk transisi kepada serangan dengan cepat.



Kelantan gagal menyediakan plan support kepada sistem ini. Devan dilihat buntu dengan terpaksa melayan drama disconnect ini. Piya dan Indra pada separuh masa pertama gagal membantu dari segi teamplay support dan teknikal. Kelantan banyak hilang bola dan possession begitu sahaja dan pemain semakin hilang keyakinan.

DIAZ - LUCERO VS MUSLIM - MCKAIN


Muslim Ahmad melakukan at least 4 defensive errors dalam game ini dan mujur cuma dihukum sekali oleh Lucero. Organisasi McKain-Muslim agak soft dan tak efektif. Banyak gerakan serangan gagal dimatikan lebih awal dan jarak di antara flat 4 agak selesa untuk Lucero dan Diaz.


Gandingan Lucero dan Diaz semakin positif dan banyak menghadirkan ancaman secara individual, duo play, atau teamplay. Mereka kian serasi dan kombinasi yang semakin natural.

Gol Lucero adalah hasil daripada poor clearance oleh Muslim selepas situasi sukar dicabar Diaz. Muslim mungkin harus react awal dan cuba memenangi bola di udara lebih awal kerana beliau ada ketinggian. Azammuddin melakukan incisive passes ke titik yang terbaik, Lucero yang telah generate larian off ball dari awal menerima bola dan berdepan Apek dalam on 1. Nak buat gol atau pass kepada Diaz, Lucero membuat keputusan untuk chip bola melepasi Apek, class A finish.

McKain bermain baik secara insividu cuma dalam perspektif duo CB. Beliau, Muslim dan no.6, Brendan Gan harus lebih communicative. Namun yang positifnya adalah perkembangan Daudsu daripada average game kepada good game dengan banyak meneutralkan asiditi daripada Safiq dan Diaz di kiri.

PERUBAHAN ROLE INDRA DAN INVESTMENT DI TENGAH OLEH DEVAN.


Devan sebenarnya patut melakukan perubahan dalam role Indra sejak awal. Pada second half apabila Devan mengarahka Indra lebih bermain di attacking line, hasilnya amat memberangsangkan. Indra mulai bermain role yang saya tidak pasti sama ada ia center attacking midfielder, second striker atau no.9 kerana pada awalnya ia seperti twin striker dalam 4-4-2.


Selepas gol Lucero, ia adalah fasa terbaik Kelantan dalam game ini. Mereka mendapat gol daripada veteran Indra melalui flick header ke corner sukar. Tidak lama selepas itu, poor defensive awareness oleh Kunanlan dalam sistem back 3 membolehkan Wan Zahrulnizam menyamakan kedudukan.

Kemasukan Lucca adalah antara punca Kelantan lebih energy dan vision di tengah. Lucca sangat composure dan playmaker yang boleh diharap. Walaupun ada passes lemah namun Lucca memberikan lesen kepada Indra untuk lebih involve di serangan. Brendan Gan lebih settle down dengan sistem 4-5-1 ini dan lebih fokus kepada kerja-kerja destroying dan shielding flat 4.

Pemain Kelantan lebih urgencies dan tidak terlalu banyak mnggentel bola seperti separuh masa pertama. Mereka lebih menyegerakan aliran bola antara zonal ke zonal.

GOMEZ DECIDE UNTUK BAWA 1 MATA DENGAN DEFENSIVE TACTIC


Gomez melihat pasukan beliau agak menurun dengan mendadak di second half. Gomez kerugian dalam pelaburan pemain di tengah dengan memasukkan Garry yang sangat low contribution dari segi taktikal dan distribution.

Di backline, Kunanlan adalah pemain yang sangat mengejutkan dan sangat tidak selesa dengan sistem 3-4-3 yang mahukan beliau lebih defensive dalam back 3. Pada first half, kelemahan Kunanlan tidak ketara dalam sistem back 3 kerana Kelantan terlalu low impact di serangan. Paksi serangan Kelantan yang menekan di area Kunanlan, dengan Lucca, Indra, Wan Zahrulnizam serta bantuan Norhazrul dari belakang. Hudup Kunanlan jadi gundah gulana. Kita semu tahu Kunanlan adalah lebih kepada offensive minded.

Gomez mungkin melihat potensi Kelantan akan memanipulasi kelemahan back 3 dengan Kunanlan dan memasukkan pemain pertahanan untuk mengakhiri game ini dengan back 5 dan cuba mendapatkan sesuatu melalui counter attack.

RUMUSAN PASUKAN


KELANTAN -- 6.5
-- Attack dari kiri
-- Long bal pada first half dan cuba lebih bermain shortpasses/through passes pada second half.
-- Efektif menyudahkan cross
-- zonal marking agak lemah

JDT -- 6.5
-- Attack dari tengah
-- Low line zonal marking
-- menguasai tengah
-- banyak mencipta peluang.

MOTM : LUCERO

KESIMPULAN


Ia adalah technical error oleh Gomez dan JDT apabila Kunanlan gagal bermain dengan efektif dalam sistem back 3 tetapi gagal dikesan Gomez lebih awal kerana kurang tekanan daripada Kelantan pada awalnya. Gomez akur dengan beberapa perlaburan berkeuntungan biasa seperti posisi Safiq, perlaburan lemah Kunanlan dan perlaburan rugi seperti Gary dengan menyelamatkan satu mata dengan mengeluarkan on form striker.

Untuk Kelantan, penyelesaian itu ada dalam padang namun tidak dilakukan lebih awal, iaitu menukar role Indra kepada lebih ofensif. Bermakna dalam suasana terputus 'line' dan direct football pada awalnya. Mereka berubah kepada lebih exclusive football dan lebih yakin dengan diri sendiri. Ia adalah bukti dengan mentaliti yang betul pasukan ini boleh melakukan output lebih baik walaupun bukan bermain the best football.

Maksud saya, kekalkan fokus kepada bolasepak bukannya emosi walaupun merasakan kekadang some of referee's decisions is againt us. Dalam game sepanas dan beritensiti tinggi seperti ini memang mental warrior amat diperlukan. Akhirnya mereka berjaya mengikat pasukan di prestasi terbaik selepas ketinggalan dua gol.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan dan sikap pemain yang kembali fokus kepada gme selepas insiden tertentu dan shake hand dengan each others selepas ditenangkan pengadil.

Kepada fans kedua-dua pasukan yang ada di stadium, atmosfera yang anda wujudkan memang terbaik!!


Sumber : axella tacts

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget