Sabtu, 12 Mac 2016

Punca Selangor tewas tiga kali berturut dikenalpasti

Skuad Bola Sepak Selangor telah mengenal pasti kelemahan utama yang membawa kepada keputusan tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi Piala FA, Piala AFC dan saingan Liga Super.

Pengurusnya, Amirudin Shari berkata, kelekaan skuadnya pada awal dan hujung permainan menyebabkan pasukannya berjaya tewas dalam beberapa perlawanan menentang pasukan lawan.

“Namun, saya percaya pemain-pemain dan barisan kejurulatihan telah memberikan komitmen penuh.

“Perbandingan rekod lima perlawanan awal Liga Super 2015 dan 2016 menunjukkan Selangor bermula lebih cemerlang musim ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyatakan yang beliau akan bertemu degan Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan sebelum skuad Selangor berlepas ke Dhaka esok bagi perlawanan ketiga Piala AFC.

“Tentunya agenda adalah untuk memperbaiki kelemahan utama dan memperkemaskan taktikal pasukan. Saya optimis pemain-pemain tetap fokus dan akan bangkit untuk memberikan cabaran dalam Liga Super dan juga Piala AFC.

“Sokongan dari penyokong-penyokong setia yang sentiasa percaya pada skuad Merah Kuning juga menjadi pembakar semangat buat pemain-pemain kita,” katanya lagi.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget