Pemain serba boleh PDRM, Safuwan Baharudin mengganggap kemenangan ke atas Selangor pada pusingan ketiga Piala FA, sebagai penebus kegagalan merakam dua kemenangan Liga Super sebelum ini.
PDRM sebelum ini sekadar seri 2-2 berdepan Pulau Pinang dan 1-1 dengan T-Team pada dua aksi Liga Super yang sepatutnya dimenangi mereka.
Bagi Safuwan, dia dan rakan sepasukan menunaikan janji kepada pihak pengurusan untuk melakar kejutan ke atas Selangor untuk ke suku akhir Piala FA musim ini.
"Sakit hati kerana kami kehilangan beberapa mata penting sebelum ini, jadi inilah peluang untuk mengembalikan momentum. Kemenangan ke atas Selangor ini sememangnya tidak dijangka," katanya.
Safuwan yang sekali lagi turun sebagai penyerang pengganti, beraksi cemerlang dengan merangka gerakkan gol pertama berdepan Selangor sebelum meraih jaringan kedua pasukannya.
Dalam pada itu, tonggak pertahanan Selangor Razman Roslan akui pasukannya perlu belajar daripada kekalahan kepada PDRM dan bangkit dalam saingan Piala AFC dan Liga Super selepas ini.
"Kami cuba beri yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Sekarang ini kami harus lupakan Piala FA dan fokus kepada saingan Liga Super dan Piala AFC," jelasnya.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan