Isnin, 7 Mac 2016

Piala AFC : Zainal tidak mahu Selangor bolos awal

Pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan tidak mahu pasukannya bolos awal ketika menentang wakil Singapura, Tampines Rovers dalam aksi Kumpualn E Piala AFC pada Selasa.

Ini adalah perlawanan penting kerana membabitkan dua pasukan teratas kumpulan, di mana Tampines Rovers mendahului selepas mencatat kemenangan pada aksi sulung Kumpulan E.

Zainal bagi jaminan barisan pertahanan akan tmapil lebih ampuh dalam usaha Selangor meraih keputusan positif.

"Saya sudah kata tempohari perkara ini tidak boleh jadi tabiat. Pemain-pemain sudah dapat mesej ini, pemain perlu cepat menyesuaikan diri dan tidak memberi gol yang terlalu mudah di peringkat terlalu awal.

"Ini yang akan kami atasi dan perlu atasi.

Zainal juga mahu Selangor merakamkan tiga mata pertama dalam saingan Piala AFC 2016 di laman sendiri.

"Selepas memungut mata di tempat lawan, kami perlu ambil kesempatan bermain di tempat sendiri.

"Kami tidak sabar untuk beraksi perlawanan ini," tegas Zainal.

Jurulatih Tampines Rovers, V. Sundram Moorthy mahu mencapai keputusan positif biarpun menghormati Selangor sebagai sebuah pasukan.

"Ia bukan perlawanan mudah, mereka mempunyai pemain tempatan dan import yang bagus.

"Kami akan cuba meraih mata dalam perlawanan ini," katanya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget