Rabu, 2 Mac 2016

Analisis MSL 2016 : Selangor vs Sarawak

Selangor 4 vs Sarawak 2
Venue : Stadium Selayang

Analisis dipetik dari Axello Tacts

ANALISIS


SET UP


Selangor (4-4-2)

Zainal menurunkan on form Hafiz Kamal bersama sama dengan Nazmi di center area. Veenod dan Gopi mengambil alih tugasan Andik dan Hazwan. Namun di depan Zainal menggunakan 2 big CF. Cuma Olivi kali ini sangat tinggi mobiliti menjadikan Selangor kerap bermain 4-4-1-1.

Sarawak 4-2-3-1

Sarawak turun dengan formasi yang lebih fokus kepada dominasi di tengah namun sepanjang game mereka gagal menguasai center circle. Syharul Azwari di flank dan Makeche menjadi input penting di midfield.

Selangor Lambat Settle Down.


Hampir 30 minit masa yang diambil oleh mereka untuk benar-benar settle down dalam game ini. Sarawak lebih baik dari segi set up dalam permulaan. Kesannya Selangor dibolosi awal oleh Junior melalui counter attack yang sangat decisive.

Selangor kelihatan hilang platform di tengah bila Hafiz Kamal gagal bermain lebih efektif. Mujurlah Nazmi berkembang dengan kuat dalam game ini.

SARAWAK COUNTER ATTACKING FOOTBALL AND TEAMPLAY ISSUE


Tipikal Rajagobal yang menggemari taktik lebih 'menyerap' di defensive third kemudian menyerang balas. Sarawak kelihatan sangat bahaya setiap kali counter attack namun sayang sekali, teamplay yang agak lemah untuk lebih manipulatif di tengah.

Dari segi teamplay, Sarawak ada kemampuan bermain short passes dan teamplay namun tidak menggunakan kemampuan itu lebih banyak. Pemain center area terlalu rigid dengan direct long passes ke final third atau mencari Makeche.

Syahrul Azwari hampir terasing daripada team sepanjang game ini.

Jika Sarawak lebih manipulatif, mereka mungkin boleh mendapat lebih gol pada first half kerana back 4 Selangor tiada protection yang konsisten daripada Hafiz dan Nazmi lebih kepada box to box. Bila Selangor diserang flat 4 menjadi kucar kacir.

GK PERFORMANCE


Bukan nak menafikan kemampuan beliau, Iqbal, tetapi gol kedua adalah blunder bagi saya. No reaction and poor positioning. Iqbal gagal melakukan sebarang saves untuk shots dari dalam kotak penalti. Ia adalah sangat average performance daripada beliau.

Berbeza di pasukan Selangor, segala kelemahan organisasi pertahanan diselamatkan prestasi Norazlan. Walaupun Gilmar berjuang sendiri Gilmar masih berterusan melepasi pertahanan dan melakukan shots on goals. Norazlan menafikan at least 3 potential goals utk Sarawak.

Selangor cuma melakukan 6 shots on target dan Sarawak ada 11 shots on target. Maksudnya, 67% shots on target ke arah Iqbal adalah gol.

SELANGOR MENEKAN WEAKEST LINK SARAWAK DAN ACTIVE CROSSING PLAY


Veenod mungkin bermain bolasepak antara yang terbaik terbaik dalam karier beliau di hadapan penyokong Selangor. Disiplin pertahan Sarawak yang lemah di sebelah kawasan Veenod membenarkan beliau terlalu bebas. Nazmi mulai memberikan support ke kanan dan Azriff membuktikan kualiti beliau sebagai offensive fullback.

2 gol Selangor adalah directly build up dari kanan, 1 daripada corner sebelah kanan dan 1 daripada bola muntah.

Pertahanan Sarawak gagal mematikan ancaman lebih awal. Banyak aksi bertahan mengundur dan terlalu pasif membolehkan Selangor mara dan mara.

Selain Veenod , Gopinathan juga menjadi catalyst kepada Sarawak dengan 1 gol dan 1 assist.

Cuma yang jelas dalam game ini, pasukan Selangor memang sudah semakin serasi dengan taktik Zainal dengan active cross kepada no.9 di mana dalam perlawanan pertama berdepan Johor ia adalah salah satu ke'keliruan' dalam pemain.

Di belakang no.9 Olivi beroperasi seperti second striker dan membolehkan pembaziran terlalu banyak di depan gol bila pressuring.

GILMAR BERJUANG SENDIRI


Pada separuh masa kedua jika ada heat map dan ukuran distance coverage saya tak tau apa akan dipaparkan. Pemain Sarawak macam dah tak kuasa nak bermain. Dapat bola terus lambung ke depan. Gilmar tak ada support secara kuantiti atau taktikal. Makeche dan Junior mulai hilang taring.

Syahrul Azwari terlalu rigid menunggu bola. Sarawak hilang leadership di tengah padang dan organizer yg boleh memberikan arahan taktikal di dalam padang.

Selangor tak boleh menjadikan game ini sebagai benchmark kepada defensive performance kerana pertahanan mereka jelas bermain di bawah par cuma Sarawak tidak klinikal di depan gol dan Gilmar sahaja yang berminat nak menghidupkan nyawa pasukan ini.

7 shots on target daripada 11 oleh Gilmar akhirnya memberikan beliau gol daripada spot kick selepas reaksi pelik Shahrom Kalam.

RUMUSAN PASUKAN



SELANGOR -- 6.8
- attack dari kanan
- lebih klinikal depan gol
- active wing play

SARAWAK -- 6.0
- attack dari center
- counter attacking football
- poor defending

RUMUSAN


Sarawak bermula baik namun Selangor berkembang dalam game ini dari awal hingga akhir. Manakala Sarawak semakin lama semakin menurun. Ia jelas isu stamina dan energy yg ada pada Selangor berbanding yg ada pada Sarawak. Tireless worker seperti Nazmi, Veenod, Olivi dan Azriff antara yg sangat energetic dan berstamina tinggi. Selain itu Sarawak lack of leaderehip dan commander di dalam padang.

Ia adalah kemampuan Selangor meningkatkan dan mengekalkan intensiti berbanding penurunan teknikal oleh Sarawak. Tak ada perubahan taktikal yg signifikan oleh Zainal dan Rajagobal. Cuma agak mengejutkan Rajagobal tak ada plan B atau C berdepan pasukan Selangor yg jelas ada kelemahan di pertahanan.

Di sudut lain Ronaldinho sangat instinctive dan Norazlan memang reliable.

Tahniah Selangor di atas Kemenangan dalam home game pertama musim ini dan juga kekal tanpa kalah.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget