" Selangor Tak Cukup Sistematik dan Tewas di Selayang "
Analisis dipetik dari Axello Tacts
Set Up
Selangor bermula dengan 4-4-2 dengan Andik dan Hadi di flank area. Di tengah Nazmi direhatkan, manakala di fullback mereka menggunakan set kedua pasukan mereka.
Tampines pula bermain dalam sistem 4-5-1 dengan active flanker dan di backline mereka sangat fluid kerana boleh berada dalam keadaan back 3 , back 4 dan back 5.
Permulaan Lemah Selangor.
Dari segi effectiveness , Tampines adalah pasukan lebih baik walaupun Selangor lebih banyak shots on goals tetapi banyak shots off target dan 2 shots on target lemah pada separuh masa.
Di tengah adalah isu yang kritikal. Selangor macam tiada center midfielder dengan gap yang terlalu besar di tengah. Andik mungkin top performer mereka tetapi dari segi kualiti , Andik masih bukan di top gear. Hadi pula tidak sepatutnya bermain side midfielder. Ia adalah pelik.
Saya pernah ulas isu kegemaran Andik yang suka akan sistem active interchange dalam posisi namun cara pertukaran posisi Andik adalah rigid dan bukannya seperti mana yang beliau dan Hazwan sering lakukan iaitu melalui fluid movement.
Prestasi Andik Dan Sistem Flanker Selangor
Pada awal game Andik mencipta
4 peluang gol dan 2 shots on Goals, 1 shots blocked.
1 keychances dicipta oleh Andik namun gagal disempurnakan Patrick. Hampir semua aktiviti ini berlaku di sebelah kiri dan di sebelah kanan Andik sangat minima kerana tiada support dan interaksi dengan midfielder 2 di tengah.
Kesannya Andik dialihkan ke kiri sekali lagi oleh Zainal sebelum ditolak ke kanan semula apabila Gopinathan dimasukkan.
Kemasukan Gopinathan memberikan ancaman kerana pace dan physical strength yang ada pada beliau. Kurang 7 minit dalam padang. Gopi mencipta 3 peluang dan satu daripadanya adalah sitter yang tiada pemain yang convertkan ia.
Gopinathan dilihat antara potensi penyelamat pasukan tetapi contribution beliau dari segi distribution / supplying menurun dan lebih banyak menyumbang dari segi teknikal.
Jordan Webb Performance
Ia adalah malam sukar buat Azmi yang dilihat seperti amateur bertemu dengan pemuda Kanada ini. Tampines bukanlah pasukan yang sangat sistematik mahupun exclusive namun Jordan dilihat seperti one man show dalam berberapa ketika. Beliau efektif di offside line dan pemain yang terbanyak mencipta peluang untuk Tampines. Lebih 65% peluang Tampines adalah ciptaan beliau. Ia adalah individual brilliant namun dari segi produk akhir masih lagi bukan pada kualiti tertinggi.
Kenaifan Pertahanan Selangor
Statistik Serangan
Selangor melakukan 3 defensive Error dan yang paling teruk adalah individual tactical error Azmi yang melenggang kembali ke offside line membolehkan Tampines mencipta gol tunggal.
Dalam analisis perlawanan menentang Sarawak, saya ada menggariska isu passive defending oleh Selangor. Dan kali ini masalah baru pula ditambah iaitu lazy defending.
Dari segi organisasi, Selangor agak tidak teratur. Gol tunggal Fazrul Nawaz adalah kombinasi poor clearances kemudian bertahan dengan pasif tanpa cuba lebih agresif mematikan ancaman. Kemudian lebih teruk apabila Azmi terbawa-bawa pace MSL ke dalam kejohanan kelas ini. Azmi ada masa yang sangat banyak untuk kembali ke line namun beliau tiada fokus dan intention untuk melakukannya.
Selepas gol itu, Zainal mengarahkan Shahrom untuk menjadi extra attacker tetapi yang sangat mengecewakan cara mereka bermain back 3 yang tiada penekanan organisasi ruang dan jarak mahupun compactness. Mujurlah Tampiness tidak sharp menghukum mereka.
Ketika pasukan Tampines mendahului dan berada dalam all out defences, backline Selangor pula stay deep dengan 3-4 pemain semata-mata mengawal 1 atau 2 pemain. Kenapa tidak menekan dengan high line dan invest lebih player di atas? Kesannya cuma 4-5 pemain yang berjuang menentang sehingga 9 pertahanan Tampines.
Game Berlangsung Dalam Parameter Luas
Kedua-dua pasukan dilihat bermain dalam keluasan yang sangat lebar. Kesan dirasai Selangor yang nampak hilang stamina. Mungkin Sundramoorthy sengaja melakukan tactical shape seluas itu untuk memastikan Selangor exhausted selepas ada game pada beberapa hari yang lepas.
Di sudut lain, Zainal tiada plan untuk mengecilkan keluasan itu supaya tidak terlalu wide. Boleh dikatakan Selangor bermain di kawasan yang Tampines 'tentukan'. Zainal dilihat selesa dengan senario ini.
Ronaldinho 'Isolated' / Diasingkan
Mustafic bermain man to man marking berorientasikan 1 pemain. Sebab itu mereka selesa dengan back 5 kerana Mustafic tiada clear position sama ada RCB atau LCB.
Dalam sepanjang game, Ronaldinho sangat minimum impak kerana disiplin Mustafic. Dan harus dihighlightkan juga sistem supplying Selangor yang lemah sama ada dari flanker atau daripada tengah terutama dari Olivi.
Tampines sangat berdisiplin dan fokus dalam bertahan dan sangar direct.
Isu taktikal Selangor
Kemasukkan Nazmi dan Gopi memperbaiki intensiti dan urgencies. Namun ia masih terlalu jauh untuk memperbaiki kelemahan Selangor dalam soal pace dan teamplay. Pace pemain-pemain Selangor agak 'santai' dan tidak cukup laju terutama ketika mengalirkan gerakan bola daripada zonal ke zonal antara pemain.
Dari segi teamplay, mereka berdepan kesukaran untuk lebih elusive di final third. Masih ada pemain yang suka dribble tanpa ada penetration yang membawa kepada ancaman ke kubu lawan.
Kreativiti
Selangor agak terhad kreativiti berdepan all out defence tactic dengan pemain yang ramai. Banyak shots dari luar dilancarkan dan terlalu bergantung kepada cross kepada target man yang sudah dirantai.
Rumusan Pasukan
Selangor 5.5
-- attack dari kiri
-- banyak long ball dan direct football
-- lemah di center circle
-- mencipta peluang melalui cross
Tampines 6.0
-- Attack dari kanan
-- Lebih defensive
-- Efektif mematikan ancaman dan kekalkan clean sheet.
-- Sit back and counter attacking football
Wisel Akhir
Ia adalah kegagalan Selangor untuk bermain lebih sistematik dan menguasai tengah. Isu pace dan kreativiti yang mustahak. Tampines menang kerana disiplin ketika bertahan dan berada dalam organisasi taktikal yang lebih baik.
Zainal mungkin ada alasan untuk menurunkan fullback beliau malam ini namun, pemain haruslah membuktikan kenapa mereka berhak berada dalam pasukan seperti Selangor. Saingan masih awal dan fokus Selangor seterusnya adalah Terengganu.
MOTM : Jordan Webb.
Sumber : axello tacts
Tiada ulasan:
Catat Ulasan