Pengurus pasukan Mohd Azizudin Mohd Shariff berkata, pemilihan Chad adalah bagi menggantikan penyerang import dari Brazil, Jose Tadeu yang digugurkan disebabkan prestasi tidak memuaskan dalam lima aksi pramusim.
“Saya amat berharap pemilihan Chad akan memperkuatkan bahagian serangan kami,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Azizudin berkata, skuad Harimau Kumbang diperkuatkan dengan tiga pemain import membabitkan Reinaldo Lobo dari Brazil, Martias Cordoba (Argentina) dan Brent Griffith (Australia).
Sebelum ini, desas-desus mengenai pengguguran Tadue hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu selepas dia gagal mempamerkan aksi cemerlang sebagai seorang penyerang import untuk memperkasakan pasukan.
Kelibat Tadeu turut tidak kelihatan pada aksi persahabatan menentang Selangor, minggu lalu serta majlis pelancaran jersi bola sepak Pulau Pinang yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Stadium Bandaraya, malam kelmarin.
Ketua jurulatih, Jacksen F Tiago berkata, kepercayaan diberikan untuk membentuk pasukan Pulau Pinang adalah amanah yang cukup tinggi selepas kejayaan muncul dua pasukan terbaik Liga Perdana musim lalu.
Menurutnya, kejayaan pasukan bukan datang daripada dirinya, tetapi usaha keras pemain untuk mencapai tahap kualiti permainan yang lebih berkesan selain mencapai sasaran berada dalam kelompok enam pasukan terbaik Liga Super, musim ini.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan