Jumaat, 26 Februari 2016

Selangor pertimbang tawaran Manchester City dan Inter Milan

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sedang mempertimbangkan tawaran dari Manchester City dan Inter Milan untuk menggunakan kepakaran dua pasukan itu bagi membangunkan program akademi bola sepak.

Pengurus Selangor, Amiruddin Shari mengakui perbincangan dengan wakil Manchester City telah menampakkan hasil yang positif namun pada masa sama masih menilai prospek kerjasama dengan Inter.

Walaubagaimanapun, Amiruddin menjelaskan akademi bola sepak tersebut tetap akan berjalan sekiranya rundingan dengan dua pasukan Eropah tersebut menemui jalan buntu.

"Kami boleh menggunkan khidmat jurulatih tempatan serta bekas pemain," jelasnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget