Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti punca dua perlawanan yang mengecewakan itu.
“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim). Kami juga telah menganalisis masalah yang berlaku.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas dua perlawanan yang mengecewakan ini. Sekarang ini, saya berasa gembira apabila pasukan teknikal dan saya sendiri telah mengenal pasti masalah tersebut. Kami akan berusaha memperbaikinya dengan segera,” katanya yang dipetik melalui Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Semalam, JDT II tewas tipis dalam pertemuan dengan Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang apabila gol tunggal Kuala Lumpur dijaringkan oleh pemain import, Leo Carioca menerusi sepakan penalti pada minit ke-64.
Kemenangan itu sekaligus melonjakkan Kuala Lumpur di kedudukan kedua carta liga manakala JDT II pula berada di tangga 10 liga.
Sebelum ini, di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, DRB Hicom FC mengejutkan tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan kemenangan 3-1 menerusi jaringan Mohammad Nazri Kamal pada minit ke-12, Ivan Babic (m33) dan Kim Jin-yong (m78) manakala gol tunggal JDT dijaringkan pemain import dari Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-27.
Dalam kenyataan sama, Mora akui bernasib baik kerana kekecewaan itu berlaku pada awal musim dan mereka mempunyai masa untuk memperbaikinya.
“Para pemain muda saya telah lakukan dengan baik. Kami bermain bola sepak dengan baik. Masalah kami adalah kekurangan penyudah di barisan hadapan.
“Kami akan selesaikan masalah tersebut. Saya memahami apa yang disasarkan oleh kelab untuk JDT II,” katanya.
Mora dilantik sebagai pengendali baharu skuad itu hujung tahun lalu.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan