Sabtu, 27 Februari 2016

Sabah terus dirundung malang

Sabah terus dirundung malang apabila mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana selepas dibenam pasukan KL DRB Hicom 2-0 di Stadium Likas malam tadi.

Ia juga kekalahan ketiga kepada pasukan berstatus kelab selepas tewas 4-1 kepada Selangor UiTM FC dan Kuantan FA sebelum ini

Sabah hampir memperoleh gol pertama menerusi percubaan pemain import berasal dari Indonesia,Dedi Kusnandar pada minit ke-21, namun sepakannya terkena tiang sebelum ditolak keluar pemain pertahanan KL DRB Hicom FC.

Pemain import pasukan pelawat, Ivan Babic berpeluang menjaringkan gol pertama KL DRB Hicom pada minit ke-36 menerusi sepakan percuma namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Sabah Rozaimie Rohim.

Dua minit berselang, pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan Muhammad Fakrul Aiman Sidid dari dalam kotak penalti tuan rumah pada minit ke-38seterusnya berjaya menewaskan Rozaimie.

Tamat masa rehat, pasukan pelawat terus menambah gol kedua hasil jaringan Muhammad Nazri Mohd Kamal pada minit ke-71.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget