Ini kerana pemain tengah berasal dari Uzbekistan itu didapati mewakili pasukan yang diturunkan ke Divisyen Dua Liga Parsi pada musim 2015/2016.
Oybek dikatakan beraksi dalam tiga perlawanan untuk pasukan Paykan yang sebelum itu adalah pasukan Divisyen Satu.
Berikutan itu Oybek yang memeterai kontrak dengan Perak pada 15 Januari lalu tidak berada dalam senarai 20 pemain didaftarkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pendaftaran peringkat pertama yang berakhir 31 Januari lalu.
Peraturan FAM menetapkan pemain dari Asia yang ingin beraksi dalam liga M mesti seorang pemain kebangsaan tahun semasa atau dari pasukan divisyen satu.
Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan ketika ditemui berkata pemain itu pulang ke Uzbekistan untuk menyelesaikan masalah pengajian di universiti negara asalnya itu.
"Ada masalah teknikal sedikit. Kita berharap isu ini dapat diselesaikan," katanya.
Berikutan itu Puhat berkata, Perak akan mengharungi kempen Liga Super dengan hanya tiga awang import iaitu Thiago Junio Aqiino, Vokhid Shodiev dan Elias Fernandes Oliviera.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin mengesahkan mengenai peraturan pengambilan pemain import itu.
"Jika seseorang pemain itu beraksi walaupun selama lima minit dalam pasukan Divisyen Dua, dia tetap tidak layak bermain dalam Liga Malaysia," katanya.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan