Pada aksi pusingan kedua kalah mati kelayakan ACL Johor DT tumpas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan Kawin menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Selatan selepas berjaya menidakkan sepakan penalti Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Hariss Harun.
Apapun, pengendali dari Argentina itu tetap berpuas hati dengan komitmen dipamerkan kesebelasan utama Johor DT yang beraksi habis-habisan untuk menyekat penguasaan skuad bimbingan Totchtawan Sripan.
“Saya terima kekalahan itu dengan hati terbuka dan menganggap hanya nasib menjadi pemisah untuk kita mara ke pusingan ketiga. Malah corak permainan disajikan pemain tampak konsisten sepanjang perlawanan termasuk masa tambahan.
“Itulah bola sepak yang kadang-kala kejam. Selepas beraksi cemerlang 120 minit namun akhirnya kami terpaksa terima hakikat penentuan sepakan penalti memusnahkan harapan.
“Bagaimanapun ia bukan penamat sebaliknya saya mahu membuka lembaran baru untuk kita terus konsisten dan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan. Malah saya kagum dengan peningkatan mendadak setiap pemain dalam perlawanan itu,” katanya.
Berikutan kegagalan itu, Johor DT selaku juara bertahan akan memulakan kempen Piala AFC dengan berdepan kelab Ayeyawady United dari Myanmar pada saingan Kumpulan H di Stadium Larkin, 24 Februari ini.
Turut diundi dalam kumpulan itu Benggaluru FC dari India dan Loa Toyata FC dari Laos dengan Gomez pastinya bakal membuat persiapan rapi untuk mengharungi kempen itu.
“Kami perlu melupakan kekalahan itu dan memberi tumpuan terhadap saingan liga domestik (Liga Super) dan Piala AFC kerana selaku juara bertahan, harus tampil dengan lebih mantap musim ini,” kata Gomez.
Aksi mantap Kawin halang tiga sepakan penalti Johor DT. |
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan