Biarpun belum ada sebarang pengesahan berhubung pengambilan import ke-4 kelahiran Mali, namun majoriti penyokong Terengganu sudahpun melaungkan rasa tidak puas hati dengan calon yang dimiliki Terengganu ketika ini.
Perkara ini sedikit sebanyak telah melambatkan proses pengambilan Makan Dembele apabila bantahan penyokong semakin jelas dengan melabelkan pemain itu tidak layak untuk menyarung jersi Terengganu dan hanya pembaziran semata-mata.
Menerusi perbincangan dengan jurulatih Terengganu Yusof Ahmad, jurulatih kelahiran Kedah itu sifatkan Makan Dembele ada kelebihan tersendiri.
Dengan sinis Datuk Wan Ahmad Nizam timbul persoalan siapa yang lebih berhak dan lebih arif dalam hal ini dengan mengharapkan penyokong lebih bertenang dalam menilai sesuatu perkara yang ingin di lakukan PBSNT.
Dembele masih dalam penilaian dan belum ada sebarang ketetapan untuk status pemain itu ketika ini.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan