Selasa, 9 Februari 2016

Datuk Vida baik pulih permukaan padang tidak rata

Permukaan padang Stadium Sultan Muhammad IV yang tidak rata bakal dibaikpulih tidak lama lagi bagi menambah keselesaan dan memastikan pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) tidak mengalami kecederaan.

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida berkata, permukaan padang adalah antara aspek paling penting yang perlu diambil perhatian untuk memastikan pemain dapat beraksi tanpa sebarang kecederaan semasa perlawanan atau ketika latihan.

“Saya diberitahu oleh pemain, permukaan padang di stadium tidak rata dan itu boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Maka saya rasa tindakan segera perlu diambil demi keselamatan pemain kerana perjalanan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini masih jauh,” katanya.

Dr Vida yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd berkata, beliau bersedia mengeluarkan perbelanjaan akan mengenal pasti kontraktor sesuai bagi tujuan itu, asalkan pemain dapat beraksi cemerlang tanpa sebarang masalah.

Katanya, selain mengubah imej stadium menjadi warna merah jambu baik pulih padang juga antara sebahagian pembaharuan yang akan dilakukan kepada PQP TRW.

“Ini sebahagian daripada transformasi yang  cuba saya ketengahkan untuk PQP TRW sebaik sahaja menjadi penaja utama,” ujarnya.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget